Thursday 19 September 2019

Short Trip bersama geng sekolah

Malaysia- Hatyai-Songkhla-Danok- Malaysia
14 - 16 September 2019

Assalamualaikum...

Hari ni nk cerita sikit pengalaman aku join trip ke Hatyai bersama geng sekolah aku. Haaaa.... kami pergi guna ejen dari  Caravan Serai. Alhamdulillah, overall berpuas hati la, dia punya guide dari Malaysia (Syakira) mmg baik hati , and wakil agen dari thai pon bagus jgk... kami terhibur dengan karenah "Mat Deris" huhuhu.

The most important adalah dia punya pakej sangat murah, RM 299 exc bekfast dan lunch, kami kene top up 600baht untuk mkn...kecik punya hal la..

Hari Pertama
14 September 2019

Bergerak dari sekolah pukul 2 pagi then stop solat subuh di Masjid Padang Besar, oh mak aii penuh org kat masjid wei, da la tempat amik wuduk terbuka (*_*)...pandai-pandaila nak amik wuduk mcm mana ya.

Caravan serai ni agak famous kot sbb tarikh yang sama ada 32 bas dari agen sama pergi Hatyai....ermmm famous atau ejen tu yang tamak ???? No komen..huhuhu:-)

Ok settle bab solat berebut-rebut, lepas solat kami sarapan atas bas je sbb nak cepat, maklumla ramai kot kene beratur kat border nak cop passport bagai, 32 Bas ye!!!!.

Nah beratus-ratus kene beratur nk cop passport, satu benda nk pesan tolong jangan pergi wekend ya, ramai yang amat orang2 nak masuk Thai.

berpeluh macam perah mesin tebu da...
Ok done sesi scan dan mengecop passport, kami teruskan perjalanan ke Hatyai....hoooraayyyy!!!!!!!

Jam 11.15 pagi kami sampai ke destinasi pertama "Chang Puak Camp". kat sini ada macam-macam aktiviti kita boleh buat, antaranya:
  • Ronda-ronda naik gajah - 500baht
  • Naik ATV - 500baht
  • Shooting - 100baht
  • Bergambar dengan ank gajah - 100baht
  • Bagi makan gajah -100baht
Kami kat sini dalam 30 minit je, so sempatla mkn2 aiskrim dan bg gajah makan...huhuhu, nak naik gajah xboleh sbb kwn aku cakap xelok naik gajah, kesian dia walaupun badan besar tapi tulang dia lembut. (cikgu sains cakap taw)

Kami gerak lagi ke "Kilang Kacang". guide aku kata harga kacang sini murah, tapi bagi aku yang selalu pergi pdg besar, kalo nk compare dua tempat ni baik beli kat pdg besar lagi murah la..:-)... tapi alang2 da sampai sini aku angkut jgkla 2 jenis kacang huhu.

So, da settle menyoping kacang, kita check in hotel la untuk mandi2 dan solat dulu sbb petang tu nak gerak ke Floating Market. Okey....!!!! bab hotel ni aku ada sikit nak bagi bad review, kami check in kat "Park City Hotel"...nak tahu x??? hotel ni tersangat la usang, toilet agak kotor, pastu dalam bilik berhabuk, dengan air paip sinki nya xda... Frustrated!!...please ye jangan sesekali letak hotel ni dalam list korang.

Khlonghae Floating Market - disebabkan ini kali kedua aku ke Hatyai, so aku da tahu benda apa paling aku nk makan...xyah pening2 aku terus tuju mana sampan yg jual fav makanan aku...huhuhu... apa dia ya???????

tadaaaa........

okey !!!!! kat sini da kenyang, so kami balik ke hotel. Tapi kan mlm tu kami keluar lagi cari makan...huhu. Kali ni kami jalan2 bawak geng akak2 satu sekolah yang xpenah mai lagi Hatyai. Kami pusing2 kat Lee Garden Plaza....ape tunggu lagi...kita makan aiskrim kelapa la,..dah penat kita balik tidola huhu..!!

Hari Kedua
15 September 2019

Haaaaa..... kami bangkit tido, solat dan siap2 naik bas g sarapan.. Tempat kami mkn ni Alhamdulillah kami xyah nk berebut bagai sbb ejen da sediakan meja untuk setiap bas.

Da selesai makan kami terus gerak ke Songkhla.. Tempat pertama ejen kami bawak adalah Masjid Bandar Songkhla. Okey... dari apa yang Idris bagitahu, masjid ni la yang selalu jadi tempat orang Malaysia kawen (Bermadu)...huhuhu.. masjid ni juga dikenali sebagai Taj Mahal Thailand...so xyah pening2 kumpul duit pegi India, Hatyai da ada 1...huhuhu

lepas da bergambar semua kami singgah nk tengok the famous duyung in Thailand huhu...Kesian duyung tu semua berebut nak bergambar kecuali aku hahahha...panas!!!
The Central Mosque of Songkhla

The Famous Mermaid Statue

Da berpanas, berpeluh bagai kami dibawa untuk makan tengah hari....Steamboat bossku !!!! pergh terbaikla, kat sini mmg food galore betol la...ada lebih dari 100k pilihan makanan termasuk appetizer dan dessert....makanla wei sampai muntah.....HAHAHAHA

Restoren ni ( Singhanakorn Hot Pot ) confirmed halal dan hanya di buka malam je taw, tp khas untuk kami dia buat jgk untuk lunch...special x??? huhuhu..

jemput tengok ye.... ni baru 1st round huhuhu



ok...dah kenyang semua kami balik hotel...belah petang free and easy, so kita boleh pegi mana kita suka denga tuk-tuk huhu... kami amik peluang ni pegi Hatyai Plaza, Kimyong Market, Big C dan Asean Night Market.

Mase ni kami mmg all out jalan pusing-pusing hatyai...maklumla esok da nak balik kan...so kene abiskan la sisa-sia duit baht..huhu

ok ni last picture kami kat Asean Night Market.....Kaki lenguh tangan pon da lenguh....ok byeeee!!!!!

Bye....Assalamualaikum.