Friday 1 December 2017

Kursus i-think Luar Talian KiLT


Kursus i-Think Luar Talian (KiLT)

Assalamualaikum semua....

Hari ni saya nak cerita dan share sedikit pengalaman saya melaksanakan kursus KiLT ni. Kursus i-think ni diwajibkan kepada semua guru di Malaysia. Pada mulanya kursus ini dilaksanakan secara dalam talian bermula pada bulan September 2014. 

Kursus i-Think ni adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru tentang kaedah dan cara pelaksanaan Pdp abad ke 21. Dalam Kursus ni ada 27 Modul termasuk 1 Modul untuk final test. Namun disebabkan oleh masalah server yang selalu problem, kadang-kadang langsung tak boleh log in, ramai cikgu-cikgu kita xlayan kursus ni lagi dah.

Kami satu sekolah semua pakat2 buat senyap je...tup2 sebelum cuti sekolah hari tu dapat surat siaran diwajibkan semua guru laksanakan kursus ni secara luar talian, that means cikgu2 kene install kat pc dan boleh jawab secara offline.

Bagi saya, app ithink offline ni bukan fully offline, kita kene jgk ada connection internet untuk log in, bila dah log in bolehla standby kan telinga untuk dengar semua celoteh minah ithink tu terangkan semua fungsi-fungsi dalam setiap task modul tersebut.

Alhamdulillah, semalam saya dah selesai laksanakan semua task-task dalam modul tersebut, sangat mengambil masa yang lama untuk selesai satu-satu task, rasa mcm nak give up, tapi bila tengok semua orang kalut buat, so terpaksa jgk la saya siapkan.

Tapi bila difikirkan balik kesian juga pada cikgu-cikgu yang dah berumur, jenuh la depa nak baca, dengar semua benda tu, sebab tu ada cikgu yang sanggup upah orang lain untuk jawab dan selesaikan task bagi pihak mereka. ada guru yang terima bayaran antara rm100 ke rm 200 untuk setiap sorang. Bagi saya upah tu berbaloi juga la sbb mmg kursus ni perlukan masa yang lama untuk selesai. 

Kesian kan cikgu2 nak cuti pon tak senang kali ni, nak kene siapkan semua benda yang bagi saya xtahu dimana faedah buat semua benda ni. mmg ada kebaikannya, dapat bagi pendedahan yang jelas kepada guru tentang cara penggunaan peta2 pemikiran tu, tapi sebenarnya xperlu untuk buat kursus macam ni sebab cikgu2 majority dah mahir cara nak gunakan 8 peta pemikiran yang disyorkan. lagipon kat sekolah saya kebanyakan semua guru dah lama guna kaedah ni dalam pdp mereka.

Tapi apa boleh buat, kita orang bawahan terpaksa akur dengan pihak atasan. So, pakat2 la kita tolong kawan2 kita selesaikan kursus ni sebelum dateline 31 Disember 2017.

Dibawah ni saya sertakan link koleksi jawapan i-Think yang saya rujuk untuk jawab final test kursus i_think.

No comments:

Post a Comment